ANJUNG
NAZIRA.BIZ © Hak cipta terpelihara.
(Beroperasi di laman web sejak April 2007)
Assalamualaikum dan salam hormat,
Anda kini berada di kedai online NAZIRA.BIZ.
SEGALANYA HANYA DI HUJUNG JARI...
STOK TERBARU!
CHIFFON SELENDANG EKSKLUSIF!
(Dikemaskini pada 1 APRIL 2013)
TELEKUNG TRAVEL!
(Dikemaskini pada 9 MEI 2013)
![]() |
|
|
PEMILIK BUTIK ONLINE NAZIRA.BIZ : NAZIRA BINTI NORAN TELEFON, SMS atau WHATSAPP : 017 - 8842205 (Akan dijawab jika ada masa terluang) Assalamualaikum. Alhamdulillah,
syukur yang tidak terhingga ke
hadrat Ilahi, akhirnya impian saya untuk mengembangkan perniagaan
tudung bawal asli melalui laman web sendiri tercapai jua. Bermula dari
istilah berniaga secara suka-suka dan kecil-kecilan ini, saya tidak
sangka perniagaan sambilan yang saya lakukan sebelum ini di tempat
kerja mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan mempunyai peminat
tersendiri oleh ramai pelanggan khususnya wanita yang bertudung.
Sekarang saya bukan sahaja menjual tudung, malah batik, jubah muslimah, kain seni tangan, penyangkut beg tangan dan banyak lagi seperti di atas.
Memandangkan saya seorang wanita bekerjaya tetap dan bukanlah usahawan yang mempunyai butik, tapak kedai mahupun gerai kecil sepertimana wanita berniaga di luar sana, keterbatasan waktu dan tanggungjawab terhadap majikan membuatkan saya terfikir untuk berniaga secara online sebagai pendapatan sampingan. Saya juga tidak mahu ketinggalan mengikuti arus deras pembangunan teknologi maklumat yang sentiasa terkini dan pantas menuju masa depan yang lebih baik dan maju jaya. Biarpun ada yang lebih suka membeli barangan seperti tudung ini secara langsung di kedai mahupun butik, perniagaan melalui web ini pula sebenarnya mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Saya percaya, ramai sudah tahu menggunakan kemudahan internet dalam kehidupan seharian tidak kira sama ada di rumah mahupun di pejabat. Pembelian melalui saluran internet ini sebenarnya lebih mudah, selesa, menjimatkan masa dan tenaga untuk anda membeli belah. Anda tidak perlu mengisi minyak kereta, membayar parking, membayar tol, membayar tambang perkhidmatan awam, berpanas, berebut-rebut mahupun berasak-asak untuk mendapat barangan yang diperlukan. Hanya tekan klik dihujung jari anda dan membuat pembayaran secara online, anda akan memilikinya dalam masa beberapa hari! NAZIRA.BIZ "Segalanya hanya di hujung jari." © |
|
*SELAMAT MEMBELI BELAH DI SINI!
01: TUDUNG BAWAL SENI
TUDUNG BAWAL SENI mempunyai jahitan halus dan kemas di atas kepala dengan sulam bunga dan manik istimewa.

TUDUNG BAWAL SENI, lain daripada biasa.
02: TELEKUNG TRAVEL

Comel, fleksibel dan mudah dibawa bersama sepanjang masa!
Warna telekung travel ini sama warna dengan luaran beg comel ini!
03: BELAJAR MEMASAK
Ingin belajar masakan Cina halal dan masakan Thai dengan mudah? Dapatkan buku resipi langkah demi langkah bergambar ini.
MASAKAN
CINA HALAL
Sup Siakap ala Cina, Ayam Goreng Szechuan, Daging Goreng Halia, Telur Goreng Cina, Sayur Campur ala Cina, Udang Goreng Mentega Oat, Sayur Goreng Cendawan Youyu, Sup Sayur Suun, Nasi Goreng Cina, Char Kuetiau, Kuetiau Kungfu, Sup Cendawan dengan Makanan Laut, Bak Choy Sos Tiram, Tofu Telur, Sup Sirip Ikan Yu, Telur Bungkus Ikan Dori, Nasi Ayam Hainan, Daging Goreng ala Cina, Udang Kung Pao, Ayam Cendawan Kung Pao, Ayam Goreng Lemon, Bawal Stim ala Cina dan Ketam Masak ala Szechuan.
MASAKAN THAI TERBAIK
Somtam, Sotong Goreng Tepung, Kerabu Kaki Ayam, Nasi Goreng Kerabu Thai, Nasi Goreng Belacan, Nasi Goreng Nanas, Daging Goreng Thai, Daging Masak Merah ala Thai, Kerabu Sotong Thai, Kerabu nanas, Kari Ayam Hijau Thai, Sos Cili Thai, Mihun Goreng Thai, Kangkung Goreng Belacan, Padprik Campur, Sup Ikan Merah ala Thai, Kerabu Mangga, Tomyam Kung, Tomyam Ayam dan Daging, Siakap Tiga Rasa, Sambal Belacan Thai, Sambal Udang Petai, Ikan Masin Cili Api.
Dapatkan buku masakan air tangan saya di kedai-kedai buku utama atau di nazira.biz.
Ingin belajar masakan Cina halal dan masakan Thai dengan mudah? Dapatkan buku resipi langkah demi langkah bergambar ini.
MASAKAN
CINA HALALSup Siakap ala Cina, Ayam Goreng Szechuan, Daging Goreng Halia, Telur Goreng Cina, Sayur Campur ala Cina, Udang Goreng Mentega Oat, Sayur Goreng Cendawan Youyu, Sup Sayur Suun, Nasi Goreng Cina, Char Kuetiau, Kuetiau Kungfu, Sup Cendawan dengan Makanan Laut, Bak Choy Sos Tiram, Tofu Telur, Sup Sirip Ikan Yu, Telur Bungkus Ikan Dori, Nasi Ayam Hainan, Daging Goreng ala Cina, Udang Kung Pao, Ayam Cendawan Kung Pao, Ayam Goreng Lemon, Bawal Stim ala Cina dan Ketam Masak ala Szechuan.
MASAKAN THAI TERBAIKSomtam, Sotong Goreng Tepung, Kerabu Kaki Ayam, Nasi Goreng Kerabu Thai, Nasi Goreng Belacan, Nasi Goreng Nanas, Daging Goreng Thai, Daging Masak Merah ala Thai, Kerabu Sotong Thai, Kerabu nanas, Kari Ayam Hijau Thai, Sos Cili Thai, Mihun Goreng Thai, Kangkung Goreng Belacan, Padprik Campur, Sup Ikan Merah ala Thai, Kerabu Mangga, Tomyam Kung, Tomyam Ayam dan Daging, Siakap Tiga Rasa, Sambal Belacan Thai, Sambal Udang Petai, Ikan Masin Cili Api.
Dapatkan buku masakan air tangan saya di kedai-kedai buku utama atau di nazira.biz.
04: HANDBAG HOOK

05: JUBAH DUBAI DAN JUBAH VIETNAM

06: TUDUNG CHIFFON

Tudung chiffon ini senang dipakai
Tidak akan berkedut di bahagian muka & menutupi dada
Tidak melekat, tidak jarang dan boleh dibasuh tangan.
07: JUBAH MUSLIMAH / JUBAH KELAWAR

Catriona Ross menggayakan jubah Nazira.biz dalam Sembang Dato' Dr Mashitah Ibrahim di Astro Oasis.

Jubah muslimah gaya kelawar menggunakan kain kaftan chifon yang lembut, sejuk dan tidak mudah berkedut. Sesuai digayakan pada majlis istimewa.
NAZIRA.BIZ DI SRIKANDI, TVS, APRIL 2011

NAZIRA.BIZ DI WANITA HARI INI, TV3, 4 FEBRUARI 2010











